Hijrah is beautiful
Posted at Friday, 7 June 2013
0 comments (+)
Dari tudung pendek dan pakaian ala kadar saja, alhamdulillah sedikit demi sedikit saya cuba untuk berubah. Alhamdulillah even sekarang sudah terbiasa dengan outfit yang menepati syarat tutup aurat. Sekarang kalau nak keluar jalan walaupun pakai tudung tapi pendek sudah terasa diri ni sexy dan teramat tidak selesa.
Dulu the past me was totally different from the me today. Back there, I usually use a shorter vein than my vein now. Bukan pasal pakaian saja. Semuanya berbeza dari sekarang. Tapi yang pasti saya dulu memang bukan kind of girl yang pakai sexy outfit, gedik dan anything within it tu were absoulutely aren't my type. No! Saya tetap kenal hukum hakam. It's just that in the past I was really away from Allah. Kadang-kadang tinggal solat, nakal, mulut kalau boleh main lepas cakap saja. Saya mengaku memang dari dulu minat sangat bab agama tapi lalai tu tetap ada, rasa nak berubah tapi saya pentingkan pandangan manusia.
Then my hijrah start when I was in form one in 2011. Alhamdulillah kira rezeki saya dapat tawaran dekat sekolah agama, that is my school now, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah. Memang excited dapat sekolah agama tapi gementar pun ada. Semua kawan baru. Tak ada yang satu sekolah. But alhamdulillah I manage to have many good friends.
Here we have to use tudung labuh. Terus terang masa ni kali pertama saya pakai tudung labuh. Lepas pakai memang rasa jatuh hati terus kat tudung labuh. Kat sekolah ni entah kenapa saya jadi budak pemalu. I rarely talk to boys at school too until now. Saya akan cakap bila ada perkara penting nak disampaikan saja. Tapi selalunya saya minta tolong kawan saya yang sampaikan.
Kat sini kami ada 22 subjek untuk form one - three sebab selain sub akademik kami ada sub agama. Antara sub agama tu nahu/sorf, mutolaah/nusus, fiqh, hadith, tafsir, khat, tauhid, tarikh islam, al-quran and hafazan. I learned a lot of things that were beyond on my knowledge. Saya mula kenal bab bab agama lebih mendalam. It makes me more interest to learn more and more.
Lepas berapa bulan kat sini. Saya mula rapat dengan dua orang kakak pra-u. I really admired one of them. I called her kak Ibah. Paling seronok dapat kenal dengan kak Ibah ni sebab kak Ibah tau banyak sangat tentang bab-bab agama. Of course the other were the same too. Since we get a long, kak Ibah banyak bagi tazkirah kalau ada masa luang. Selain tu nasihat-nasihat tidak pernah lari dari mulut kak Ibah.
Sedikit demi sedekit saya cuba tukar image saya. Saya mula dekat lagi dengan Allah lepas pergi ESQ. Kira macam ceramah tapi lebih kepada perkongsian cerita. Memang seronok walaupun banyak nangis sebab dia cerita macam sayangnya Allah dengan kita tapi kita dalam sehari tu susah sangat nak ingat Dia. Tapi dorang kenakan yuran juga lah. Although the fee was expensive but its worth the price.
Lepas tu saya mula lebih gemar baca articles bab agama dan post pasal agama dekat facebook. Sejak tu juga saya admired banyak muslimah. Cemburu tengok cara pakaian dorang. Kalau orang lain mereka akan komen simple dan menutup aurat tapi bagi saya sangat adorable. Bak kata orang 'sejuk mata memandang'. Alhamdulillah Allah gerakkan hati ni untuk ubah image. Tapi sebab saya ni kurang keyakinan, dalam fikiran tu mesti ada bisikkan macam 'ala mesti orang pandang kau lain kalau jumpa saudara-mara' 'nanti ada yang kata kau alim sudah. Kau suka ka?' terus saya pun jatuh dengan bisikkan tu tapi alhamdulillah sekali lagi dengan pertolongan-Nya saya dapat hampuskan bisikkan tu. Peduli la kata orang. Yang penting pandangan Allah dengan kita tu kena jaga.
Tahun lepas, oleh kerana sekolah saya pindah bangunan baru dan agak jauh dan susah untuk abah saya ulang alik hantar dan ambil setiap hari, mak saya pun suruh tinggal asrama saja. Sepanjang tinggal di asrama saya makin banyak lagi ilmu saya dapat. Cara solat lebih mendalam etc. Dan alhamdulillah sekarang makin banyak ilmu yang saya peroleh tiap hari.
InsyaAllah saya akan terus berusaha menjadi yang terbaik. Terima kasih juga pada mak dan abah yang tidak lelah memberi nasihat. Terima kasih ya Allah kerana menggerakkan hati ini untuk berubah dan terus mendekati diri-Mu :')
Labels: alhamdulillah, hijrah, perubahan
