Home About Me Contacts Follow
Choose the best
Posted at Wednesday 27 November 2013 0 comments (+)


"Assalamualaikum."




"Waalaikumsalam." jawab kami.

"Eh masuklah. Maaf bilik ni bersepah sikit,"
 pelawa Umairah dekat junior-junior yang beri salam tadi.




"Takpa lah kak. Kami datang ni pun kejap je. Nak minta tolong sikit."
 kata sorang junior tu.




"Oh. Nak minta tolong apa ek? Kalau akak berdua dapat tolong insyaAllah kami akan usahakan."
jawab aku tenang sambil melontarkan senyuman ikhlas.

Bukankah senyum itu sedekah? Pahala free-free siapa tak nak, kan kan.








"Um macam ni sebenarnya.. Kami terlibat dalam menjalankan aktiviti kem ibadah bagi budak sekolah rendah batu putih minggu depan. So, kami perlukan satu atau dua dari ajk usrah untuk sampaikan tazkirah pada malam pertama dan terakhir kat sana."

"Ajk usrah yang lain ramai yang belum balik dari kampung, kalau ada pun ramai yang sibuk. Boleh la kak tolong kami. Kalau akak berdua nak ulang alik pun takpa." jelas mereka panjang lebar.



'Ala macam mana ni. Minggu depan rancang nak jalan beli barang..' keluhku.
Lepas tu aku pun bagi signal angkat kening dekat Umairah.



Tapi Umairah just senyum dan dengan tenang dia jawab, 
"Okey. Eloklah tu, boleh juga akak berdua buat amal drpd sia-siakan masa dengan tah apa-apa. Terima kasih ye sebab jemput kami."



Sentap.



'Ya Allah, malunya aku, malu dengan sahabat aku, malu denganMu. Seketika tadi aku lebih fikirkan pasal nak jalan daripada pergi membuat amal. Ya Allah, ampunilah dosaku..'
bisik hatiku, sebak dengan sikap sendiri.



Dengan happy-nya budak-budak tu keluar dari bilik.


"Terima kasih kak. Jumpa esok ya. Assalamualaikum."



"Waalaikumsalam." jawab kami serentak.

'Ya, terima kasih Umairah.' bisik hatiku sekali lagi dengan senyuman yang mekar di bibir.




Labels:

Throwback PMR
Posted at Sunday 10 November 2013 0 comments (+)

Assalamualaikum.

"Saya doakan Syarah Nurdiyanah mendapat keputusan PMR yang terbaik dengan hati yang tenang dan redha menerima segala keputusan nanti. Ameen ya rabb./ I pray that Syarah Nurdiyanah gets the best for her PMR's result and recieve it with a calm heart."

Hehe. Syukran syukran.

Tiap kali orang cakap pasal pmr bermacam perasaan ada. Bila teringat balik saat-saat pmr tu rasa macam nak ambil balik. Uhuk. Macam  mana nak cakap eh? Aku sebenarnya sedia terima apa saja keputusan yang aku dapat nanti, insyaAllah, tapi dalam masa ang sama aku risau tentang riaksi abah dan mak pula, perasaan mereka, dll. Huhu aku takut mereka kecewa tapi.. aku dah usaha :( Apa-apapun, akhirnya aku hanya mampu berserah pada takdir Illahi. Doaku tak pernah lepas, memohon pertolongan yang Maha Kuasa adalah lebih baik. Dengan-Nya banyak keajaiban yang boleh berlaku. Even the weakest animal can be the strongest with His help. Yang penting solat-solat sunat kenalah rajin buat. Macam kita, kalau nak sesuatu mesti kita berusaha pujuk mak abah untuk belikan, jadi, untuk memohon pertolongan-Nya kenalah bersungguh-sungguh juga. Wallahualam.

Doakan aku kay? Aku pun akan doakan korang yang terbaik. InsyaAllah. :)

Lots of love from the writer.
HOME | OLDER ENTRIES ▶

All rights reserved / yaya
Layout by mymostloved with script, background and image.